Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling
berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling
berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak
kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan
kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang
ramai.
Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:
1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang
didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah
meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai.
Selebihnya masih terkubur di sana.
2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air
yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang
pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang
yang telah menggemparkan dunia.
3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah
dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai
makhluk halus.
4.LEBUHRAYA KARAK
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon
berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya
ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang
meragut banyak nyawa.
5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes
pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak
penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat
pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan
tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa
pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap
bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram
mengenai tempat ini.
Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:
7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang - lebih dikenali sebagai Junction
The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana
terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama
ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga
terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa
kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik
anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali
di jalan ini.
8.Institusi St Michael, Ipoh - Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah
digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu
tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti
penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak
terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan
dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah
di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan
seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa
menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat
merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak - Seperti
Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada
zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat
kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan
juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga
sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering
melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur - Kawasan ini merupakan satu
kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai
askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang
bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan
berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di
sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran
dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur - Satu kawasan yang menyeramkan walaupun
ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan
ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat
kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu
selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda
tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin
sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul
perasaan seram walaupun pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok, Sabah - Kawasan rumah ini dikatakan paling
berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih
dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar
begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti
penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu - Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara
pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini
dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai
kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu.
Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang
berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan
sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara
yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah
tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan
untuk tujuan pembangunan.
Anda mungkin juga meminati: